Rabu, 16 Jun 2010

"Resepi 1 Malaysia"

Keropok Lekor (Ikan)


Bahan-bahannya…


Isi Ikan 4kg

Tepung Sagu 3kg

Tepung Kanji 500g

Tepung Pulut 500g

Perasa 100g

Garam 200g

Telur 5 biji


Kaedah...


1. Gaulkan semua bahan di atas.

2. Bentukkan seperti bentuk silinder.

3. Rebuskan (sehingga timbul).

4. Angkat dan toskan

5. Sejukkan

6. Goreng mengikut citarasa anda..



P/S: Antara ikan yang boleh digunakan ialah ikan sardin, ikan parang dan ikan tamban. Selamat mencuba.....




Blueberry Tart


Sugar Paste:


Bahan-bahannya....


250g Mentega

150g Gula Icing

1 biji Telur

1 biji Kuning Telur

450g Tepung Gandum


Inti Tart:


Bahan-bahannya


250g Krim Keju

50g Gula Halus

25g Mentega

1 biji Telur

25ml Krim Putar

20g Tepung Gandum

Sedikit inti Blueberry


Cara-cara membuatnya...


Pastri:


  1. Pukul mentega dengan gula icing sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul sampai menjadi doh yang lembut. Rehat dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Canaikan doh dan alaskannya atas acuan egg tart.



Inti:


  1. Pukulkan krim keju, gula dan mentega sehingga lembut. Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga adunan sebati.
  2. Masukkan krim putar dan gaulkan adunan sehingga betul-betul sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaulkan supaya sebati.
  4. Masukkan adunan keju kedalam acuan tart dan campurkan dengan sedikit inti blueberry.
  5. Bakar dengan menggunakan suhu 180ºc selama 25 minit.



Pie Ayam


Doh Pie


Bahan-bahannya...


250g Tepung gandum

150g Mentega

60ml Air suam

Secubit garam


Cara-cara membuat doh pie


  1. Campurkan tepung, garam dan mentega dan uli sehingga sebati.
  2. Masukkan air suma sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut.
  3. Letakkan didalam peti sejuk dan biarkan ia rehat selama 30 minit.
  4. Tekankan doh pie kedalam acuan tart dan bubuhkan inti ayam kedalam pie tersebut.
  5. Lapikkan doh pie yang telah dicanaikan dan tutupkan bahagian atas acuan tart dan tusukkan lubang di permukaan atas dengan menggunakan garpu
  6. Sapukan dengan kuning telur dan bakar pada suhu 200ºc selama 25 minit.



Inti Pie:


Bahan-bahannya..


50ml Minyak masak

80gm Bawang besar

30gm Tepung gandum

200g Sayur campuran (mix vege)

200g Isi ayam

2 tbs Sos tiram

1 tsp Garam

¼ tsp Serbuk lada

1 tsp Pati stok ayam

200ml Air


Cara-cara memasak inti:


  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sayur campuran dan masak selama 2 minit.
  3. Masukkan daging ayam dan sos tiram dan masak sehingga daging ayam menjadi putih.
  4. Campurkan garam, serbuk lada, air dan stock pati ayam maggi dan masak sehingga didih dan pekat.
  5. Apabila inti sudah masak, alihkan dari api dan biarkan ia sejuk sebelum dapat digunakan.




Kek Keju


Bahan-bahan yang diperlukan

250g mentega

230g gula kastor

4 biji telur

80g keju cheddar,

100ml susu UHT

280g tepung gandum

1 sudu kecil baking powder


Cara-cara membuatnya:


Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang. Selepas itu masukkan keju dan gaul adunan hingga sebati. Campurkan tepung bersama serbuk penaik dan diayak sekali. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan mixer pada kelajuan yang perlahan. Gaul sehingga rata. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.

Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....). Bagi yang sesiapa yang mahukan kek kelihatan cantik, taburkan choclate rice atau choclate chip diatas kek tersebut. Selamat mencuba...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright "http://haminahmt85.blogspot.com" "WARNA WARNI KEHIDUPAN" 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .