Ahad, 20 Jun 2010

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

sumber: alamhamil.com (Portal Kehamilan Malaysia)



Berakhir sudah ungkapan, bila sudah caesarean akan sentiasa ceasarean. VBAC atau vaginal birth after casarean ialah kelahiran secara normal selepas pembedahan ceasarean. Pengalaman perubatan telah menunjukan lebih dari 70 % wanita berjaya melalui kelahiran normal walaupun sebelumnya dia melahirkan melalui c-section. VBAC adalah lebih selamat dari caesarean berulang dan tidak menimbulkan risiko yang tinggi terhadap wanita.

Kenapa saya perlu VBAC?

Terdapat banyak kebaikannya bersalin secara normal. Antara kebaikannya adalah:

  • Kurang risiko kematian
  • Kurang komplikasi
  • Boleh mencegah dari tumpah darah yang banyak, darah beku pada kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing. Menyusu badan lebih senang kerana rasa kurang sakit selepas bersalin.
  • Kosnya lebih murah
Bayi juga lebih bermanfaat kerana :
  • Kurang risiko untuk kejadian kelahiran pra-matang
  • Kurang masalah pernafasan selepas lahir
  • Kurang risiko kematian bayi

Risiko VBAC

Risiko yang paling ketara bagi mereka yang pernah melalui pembedahan secara caesarean ialah risiko pecah rahim. Risiko ini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal dimana hirisan rahim dibuat secara vertical bukan horizontal seperti sekarang. Parut pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara vertical tidak lagi diamalkan dan menurut kajian terkini, risiko untuk parut pecah semasa menjalani kelahiran biasa adalah kurang dari 1%.

Adakah saya calon untuk VBAC?

Anda adalah calon yang sesuai sekiranya:
  • Caesarean dahulu bukan pembedahan klasikal
  • Pelvis yang bersaiz normal
  • Sebab pembedahan dahulu tidak ada untuk kehamilan sekarang, sebagai contoh bayi besar, darah tinggi atau uri dibawah.
  • Bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin biasa
Sumber: alamhamil.com (Portal Kehamilan Malaysia)


Tanda-tanda bersalin


Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin. Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.




Bersedia untuk kelahiran


Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda. Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:Menghadiri kelas antenatal. Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan . Tonton video kelahiran. Amalkan pernafasan and relaksasi.


Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja. Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.


Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.


Sakit Belakang


Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Pecah ketuban


Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.


Bloody Show


Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.


Serviks terbuka


Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Jumaat, 18 Jun 2010

"Happy Fathers Day"

Selamat Hari Bapa Sayang.........


Buat suamiku sayang...
Selamat Hari Bapa walaupun belum bergelar ayah
tapi bakal menjadi ayah...jadilah ayah yang
terbaik buat permata hati kita..
ayg doakan semoga keluarga kita
berbahagia hingga hujung nyawa...amin..

Rabu, 16 Jun 2010

"Resepi 1 Malaysia"

Keropok Lekor (Ikan)


Bahan-bahannya…


Isi Ikan 4kg

Tepung Sagu 3kg

Tepung Kanji 500g

Tepung Pulut 500g

Perasa 100g

Garam 200g

Telur 5 biji


Kaedah...


1. Gaulkan semua bahan di atas.

2. Bentukkan seperti bentuk silinder.

3. Rebuskan (sehingga timbul).

4. Angkat dan toskan

5. Sejukkan

6. Goreng mengikut citarasa anda..



P/S: Antara ikan yang boleh digunakan ialah ikan sardin, ikan parang dan ikan tamban. Selamat mencuba.....




Blueberry Tart


Sugar Paste:


Bahan-bahannya....


250g Mentega

150g Gula Icing

1 biji Telur

1 biji Kuning Telur

450g Tepung Gandum


Inti Tart:


Bahan-bahannya


250g Krim Keju

50g Gula Halus

25g Mentega

1 biji Telur

25ml Krim Putar

20g Tepung Gandum

Sedikit inti Blueberry


Cara-cara membuatnya...


Pastri:


  1. Pukul mentega dengan gula icing sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul sampai menjadi doh yang lembut. Rehat dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Canaikan doh dan alaskannya atas acuan egg tart.



Inti:


  1. Pukulkan krim keju, gula dan mentega sehingga lembut. Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga adunan sebati.
  2. Masukkan krim putar dan gaulkan adunan sehingga betul-betul sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaulkan supaya sebati.
  4. Masukkan adunan keju kedalam acuan tart dan campurkan dengan sedikit inti blueberry.
  5. Bakar dengan menggunakan suhu 180ºc selama 25 minit.



Pie Ayam


Doh Pie


Bahan-bahannya...


250g Tepung gandum

150g Mentega

60ml Air suam

Secubit garam


Cara-cara membuat doh pie


  1. Campurkan tepung, garam dan mentega dan uli sehingga sebati.
  2. Masukkan air suma sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut.
  3. Letakkan didalam peti sejuk dan biarkan ia rehat selama 30 minit.
  4. Tekankan doh pie kedalam acuan tart dan bubuhkan inti ayam kedalam pie tersebut.
  5. Lapikkan doh pie yang telah dicanaikan dan tutupkan bahagian atas acuan tart dan tusukkan lubang di permukaan atas dengan menggunakan garpu
  6. Sapukan dengan kuning telur dan bakar pada suhu 200ºc selama 25 minit.



Inti Pie:


Bahan-bahannya..


50ml Minyak masak

80gm Bawang besar

30gm Tepung gandum

200g Sayur campuran (mix vege)

200g Isi ayam

2 tbs Sos tiram

1 tsp Garam

¼ tsp Serbuk lada

1 tsp Pati stok ayam

200ml Air


Cara-cara memasak inti:


  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sayur campuran dan masak selama 2 minit.
  3. Masukkan daging ayam dan sos tiram dan masak sehingga daging ayam menjadi putih.
  4. Campurkan garam, serbuk lada, air dan stock pati ayam maggi dan masak sehingga didih dan pekat.
  5. Apabila inti sudah masak, alihkan dari api dan biarkan ia sejuk sebelum dapat digunakan.




Kek Keju


Bahan-bahan yang diperlukan

250g mentega

230g gula kastor

4 biji telur

80g keju cheddar,

100ml susu UHT

280g tepung gandum

1 sudu kecil baking powder


Cara-cara membuatnya:


Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang. Selepas itu masukkan keju dan gaul adunan hingga sebati. Campurkan tepung bersama serbuk penaik dan diayak sekali. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan mixer pada kelajuan yang perlahan. Gaul sehingga rata. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.

Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....). Bagi yang sesiapa yang mahukan kek kelihatan cantik, taburkan choclate rice atau choclate chip diatas kek tersebut. Selamat mencuba...

Selasa, 15 Jun 2010

"Mohd Faris Fikri Bin Abdul Hattardy"

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Comelnye dia...........
Ni gambar anak saudara yang baru berumur empat bulan
eee....x sabarnya nak tunggu anak sendiri..

Sabtu, 12 Jun 2010

DEMAM BOLA.....



La....musim perlawanan bola sepak dunia
Nasib baik laki aku bukan peminat fanatik
kalau tak....hari-hari nengok bola
Tengah makan pun tengok pinggan teringatkan bola

nie tarian apa ek...
entah la...apa-apa aje...hehe

11 Jun 2010
South Africa lwn Mexico
1:1

11 Jun 2010
Uruguay lwn France
0:0

12 Jun 2010
Argentina lwn Nigeria
1:0
Maradona appy pas Argentina menjaringkan gol 1:0
macam nak buang air je...hehe

12 Jun 2010
Korea Rapublic lwn Greece
2:0

12
Jun 2010
England lwn USA
1:1

Jumaat, 11 Jun 2010

"My Family"

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Khamis, 10 Jun 2010

Koleksi Gambar Kahwin

Rabu, 9 Jun 2010

"MY WEDDING DAY"

"Gambar di hari persandingan pada 23 Ogos 2008"
.......................................................................................................................................................................

"Gambar di hari persandingan"
.......................................................................................................................................................................

"Gambar selepas akad nikah pada 22 Ogos 2008"
.........................................................................................................................................................................


"Bergambar bersama ibu dan ibu mertua di hari persandingan"

.......................................................................................................................................................................

"Bersama suami selepas hari akad nikah(malam belulut)"
........................................................................................................................................................................


"Gambar di malam belulut"
.........................................................................................................................................................................


"Gambar di malam belulut"
.........................................................................................................................................................................

"Gambar ini diambil di hari persandingan"
..........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

Petua

Kulit Wajah Anda Berasa Tegang Dan Kusam....

Terdapat banyak cara untuk tegangkan kulit muka dan mengelakkan kulit wajah berasa kusam, antaranya dengan mengunakan buah-buahan. Apa kata anda cuba petua ini...

Betik

Caranya:
Hancurkan betik yang sudah dibuang bijinya.
Tambahkan satu sudu makan madu. Selepas itu,
sapukan pada wajah yang telah dibersihkan.
Biarkan selama lima belas ke tiga puluh minit
dan bersihkan dengan air suam.

Tomato

Caranya:
Buah tomato dibelah dua secara melintang.
Gosokkan bahagian dalam tomato pada wajah.
Biarkan 5-10 minit. Kemudian, bilaslah
wajah anda dengan air suam sehingga bersih.

Timun

Caranya:
Belah buah timun kepada 4 memanjang. Buang
bijinya dan kemudian gosokkan pada wajah.
Biarkan dalam 5-10 minit dan bilas dengan
air suam.

Epal

Caranya:
Hancurkan buah epal,tambahkan 1 sudu makan
madu dan sapukan pada wajah anda..
Biarkan selama 15-30 minit dan bilas dengan
air suam.

Sabtu, 5 Jun 2010

Nak dijadikan cerita.......

Nak di jadikan cerita.....sebenarnya saya ni tak lah pandai buat blog..
Ini pun sekadar mencuba..manalah tau..kalau-kalau ada potensi..jadi
blogger yang berjaya..harap kalian semua sudi-sudikanlah menjenguk
blog yang saya ni ye..

Untuk permulaan..saya kenalkan orang yang berada di sisi saya...
Siapa lagi kalau bukan suami saya yang dicintai..Gambar ni diambil
semasa raya tahun lepas..Lokasi nya..Waterfront Kuching...

 
Copyright "http://haminahmt85.blogspot.com" "WARNA WARNI KEHIDUPAN" 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .