Rabu, 9 Jun 2010

Petua

Kulit Wajah Anda Berasa Tegang Dan Kusam....

Terdapat banyak cara untuk tegangkan kulit muka dan mengelakkan kulit wajah berasa kusam, antaranya dengan mengunakan buah-buahan. Apa kata anda cuba petua ini...

Betik

Caranya:
Hancurkan betik yang sudah dibuang bijinya.
Tambahkan satu sudu makan madu. Selepas itu,
sapukan pada wajah yang telah dibersihkan.
Biarkan selama lima belas ke tiga puluh minit
dan bersihkan dengan air suam.

Tomato

Caranya:
Buah tomato dibelah dua secara melintang.
Gosokkan bahagian dalam tomato pada wajah.
Biarkan 5-10 minit. Kemudian, bilaslah
wajah anda dengan air suam sehingga bersih.

Timun

Caranya:
Belah buah timun kepada 4 memanjang. Buang
bijinya dan kemudian gosokkan pada wajah.
Biarkan dalam 5-10 minit dan bilas dengan
air suam.

Epal

Caranya:
Hancurkan buah epal,tambahkan 1 sudu makan
madu dan sapukan pada wajah anda..
Biarkan selama 15-30 minit dan bilas dengan
air suam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright "http://haminahmt85.blogspot.com" "WARNA WARNI KEHIDUPAN" 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .